Tanya Diri Anda
Jangan Hanya Pandai Mengkritik Orang Lain...
Benarlah kata-kata ulama “tiada perasaan malu dalam mendalami ilmu agama”, kerana itu jugalah Saidatina Aishah memuji para wanita Ansar di atas sikap mereka yang suka bertanya; dengan katanya (Semoga Allah merahmati wanita Ansar, mereka tidak malu bertanya dan menambah pengetahuan mereka dalam agama) walaupun dalam perkara yang menyentuh persoalan-persoalan sulit mengenai hubungan suami isteri.


